Selamat Datang Ke Blog AzhanIcn

Mohon jasa baik pengunjung untuk ikuti blog saya ini ya.

Berminat Untuk Beli Buku atau Novel?

WhatsApp saya di 0132956691. Harga dijamin murah!

Sentiasa Positif Walau Dalam Apa Jua Keadaan

Hari kita ditentukan dengan 'Mood' kita. Jika kita mulakan ia dengan yang baik, sudah tentu kesudahannya juga akan baik.

Jalankan Aktiviti Dakwah!

Sebagai orang Islam, pastikan kamu sentiasa hidupkan diri kamu dengan dakwah. Mengajak ke arah kebaikan juga adalah satu dakwah.

Bacalah Yang Bermanfaat

Luangkan sedikit masa untuk membaca perkara-perkara yang bermanfaat. Jangan isi hati kita dengan bacaan yang tidak mendatangkan apa-apa ilmu atau pengetahuan. Itu hanya akan merugikan kita.

Showing posts with label bunga matahari. Show all posts
Showing posts with label bunga matahari. Show all posts

Saturday, 19 December 2020

GARDEN TOUR ; BAJA KULIT BAWANG

Assalamualaikum guys! Salam sejahtera dan salam muhibah 1 Malaysia.
Sebelum aku memulakan penulisan pada post kali ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada bonda kepada bekas perdana menteri kita yang ke-6 yang juga merupakan isteri kepada perdana menteri ke-2 kita iaitu allahyarham Tun Rahah yang telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 18 Disember 2020 jam 4.30 petang. Allahyarham pergi di usianya yang ke-87. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang bertakwa.

Al-Fatihah...





•••••••••••••••••••••••••••••••••

Jadi hari ini, aku saja meluangkan masa aku berjalan-jalan sekitar halaman rumah. Dalam masa yang sama, tengok-tengok bunga matahari aku yang dah start  bermekaran.

                 Pokok Bunga 1


                    Pokok Bunga 2

                 Pokok Bunga 3


3 gambar dekat atas ini merupakan bunga matahari dari keluarga yang sama. Aku tak tahu nama dia. Helliantus Annus? Haha. Memang tak mahir.

Tapi satu kesilapan aku dalam menanam pokok bunga matahari jenis ni ialah aku tanam bersebelahan. Macam yang kita tahu, tumbuhan yang tanam secara berdekatan akan menghasilkan persaingan. Inilah yang terjadi. Pokok bunga matahari ni berbunga ketika panjangnya hanya separas dada aku. 
Sedangkan pokok matahari jenis ini sepatutnya tumbuh lagi tinggi dari ketinggian aku. Untuk pengetahuan korang, tinggi aku ialah 173cm. Hehe. 

Jadi, bunga primer yang dikeluarkan pokok ni sedikit kecil berbanding bunga matahari yang aku pernah tanam sebelum ini. Korang boleh check post aku sebelum-sebelum ni.


Selain jenis ini, aku ada juga tanam bubga matahari dari jenis renek. Pokok bunga matahari ini dia punya bunga lagi 'kasar' berbanding jenis yang di atas. Contoh macam dekat gambar di bawah ni.

Korang boleh tengok debunga yang menutupi biji benihnya. Lebih 'raw' dari jenis pokok yang satu lagi. 

Untuk pengetahuan korang, pokok bunga matahari jenis ni hanya separas lutut aku saja! Dan yang menariknya, daun pokok jenis ni lebih kepada bentuk seakan mangkuk. Bila hujan turun, air akan bertakung pada daun-daun pokok ni .

Kalau korang nak tahu, biji benih pokok matahari renek ni aku beli dekat Shopee. Biji benihnya kecil-kecil dan berwarna putih.

Sedangkan lagi satu pokok yang aku mula-mula cakap dekat atas tadi aku dapat dari pokok bunga matahari yang aku tanam awal tahun ni dan biji benihnya berwarna hitam berbelang. 




Aku pernah dapat pertanyaan dari someone dekat IG tentang baja yang aku gunakan.

Kalau korang ada baca post aku sebelum ni, aku pernah bagitahu yang aku gunakan baja Ezigrow. 

Selain itu juga, aku ada guna bahan organik. Apa tu? Ha teruskan membaca.



Larutan Kulit Bawang

Untuk pengetahuan korang, kulit bawang amat berguna pada tanaman. 
Kalau korang ada buat kenduri-kendara, korang jangan buang kulit bawang tu! Membazir. Boleh guna untuk dibuat larutan.

Pertama sekali, korang kenalah kupas kulit bawang. Hehe...
Bila korang dah kumpul kulit bawang tu banyak-banyak, korang masukkan kulit bawang tu dalam satu botol. Isi sampai kulit bawang tu memenuhi botol. 
Lepastu isikan air. Siap!

Bila dah siap, korang tutup dan letakkan dekat tempat yang teduh. Simpan dalam 3 hari sampai air tu bertukar jadi warna merah. Bau dia pun menyengat.

      Contoh larutan kulit bawang yang aku buat.

Bila dah 3 hari, korang boleh tapis larutan tu untuk dimasukkan ke botol lain.


   Contoh larutan kulit bawang yang sudah siap ditapis. Separuh dah guna. Hehehe...



Okay. Kenapa aku panggil larutan kulit bawang, bukannya baja kulit bawang? Sebab 1 larutan ni mempunyai 3 manfaat sekaligus!

Manfaat pertama,larutan ni berfungsi sebagai racun serangga pada tumbuhan. Serangga macam belalang dan hama tak berani dekat sebab bawang ni sifatnya menyengat. Hehe.
Korang boleh masukkan larutan yang dah ditapis dalam bekas spray dan spray pada daun-daun pokok.

TAPI INGAT!!!

Korang hanya boleh sembur awal pagi sebelum matahari muncul atau waktu senja menjelang maghrib. Hal ini supaya daun tu tak 'hangus' mati sebab terkena sinar matahari.

Antara fungsi lain larutan ni juga adalah sebagai baja. Caranya, korang tadah satu baldi air, dan tuangkan larutan ke dalam air tersebut lalu dikacau hingga sebati. Agak-agak je tuang tu. Tak perlu sukat.

Ingat ye. Baja ni siram dekat bahagian tanah/akar sahaja. Jangan siram pada daun. Akar tu yang paling penting.




Jadi itu sahaja perkongsian daripada aku hari ini. Ingat. Manfaatkan segala bahan disekeliling kita. Jangan dibuang macam itu sahaja. Sayang sangat.

Macam hampas teh uncang tu. Jangan dibuang. Boleh jadi baja juga.

Untuk korang yang nak buat larutan kulit bawang, korang boleh guna apa jenis bawang sekalipun. Bawang merah, bawang putih dan sebagainya. 

Selamat bertani!




Sunday, 8 November 2020

Cara Penanaman Bunga Matahari


Kita semua sedia maklum bahawa bunga matahari atau Heliantus Annus adalah sejenis pokok bunga yang boleh mencapai ketinggian 2 meter atau lebih.
Dulu, bunga ni tak dapat banyak perhatian daripada masyarakat di Malaysia ni. Tapi sejak kebelakangan ini, ramai yang mula tertarik untuk menanam tumbuhan ini di halaman rumah mereka.

Nak dijadikan cerita, awal tahun haritu, sekitar Januari 2020, aku dapat biji benih bunga matahari dari pembantu makmal dekat sekolah tempat aku belajar. So aku simpanlah dulu biji benih tu sebab belum rasa nak semai.

Dalam pertengahan bulan Mac tu barulah aku cuba untuk semai. Nak dipendekkan cerita, dari semua biji yang aku semai, hanya satu pokok je yang berjaya tumbuh besar dan mengeluarkan bunga.


Gambar dekat atas inilah satu-satunya pokok yang berjaya tumbuh dengan jayanya. Gambar ini aku ambil dalam penghujung bulan Julai macam tu. Jadi, boleh disimpulkan pokok bunga matahari ni memerlukan masa lebih kurang 4-5 bulan untuk mengeluarkan bunga dari tempoh ia disemai.
Oh ya. Untuk pengetahuan korang, pokok bunga yang aku tanam ni jenis pokok bunga yang boleh mengeluarkan banyak bunga. Pokok ni akan bercabang-cabang dan cabangnya akan keluarkan bunga.


Salah satu manfaat bila korang tanam bunga matahari ni ialah serangga baik macam lebah akan jadikannya sebagai tempat menghisap madu. Jadi, kalau korang ada buat bisnes ternakan lebah kelulut, sesuai sangatlah tanam bunga matahari berhampiran.



Macam mana nak tahu yang pokok bunga matahari dah menghasilkan biji benih? Caranya senang. Bila kau tengok bunga matahari tu dah layu dan kelopak-kelopak dia yang berwarna kuning tu tanggal, korang dah boleh tuai dan jemurkannya di bawah sinaran matahari. 
Kenapa kena jemur? Supaya biji benih tadi tak berada dalam keadaan lembap. Kalau berada dalam keadaan lembap, kulat mudah tumbuh. Habis rosak biji benih tadi.


Gambar kat bawah ni contoh pokok bunga matahari yang akan mati sebab dah sampai masa untuk dituai.


Yup. Pokok bunga matahari hanya akan hidup 1 musim sahaja. Bila dia dah habis berbunga, automatik pokok akan layu sendiri dan mati perlahan-lahan. Jadi, dah boleh petik bunga-bunganya untuk diambil biji benihnya.


Gambar dekat atas ni ialah gambar aku membersihkan kelopak bunga matahari untuk diambil bijinya.
Bila korang dah lepaskan semua bijinya dari kelopak tu, korang dah boleh jemur bawah sinaran matahari. Tapi perlu diingatkan. Jangan sampai ayam atau burung makan.


Bila dah kering, dah bolehlah jadikan biji benih untuk disemai kembali ke tanah atau korang boleh pack untuk dijual.

   Contoh biji benih yang telah kering dan di pack kan.


Gambar dekat atas ni ialah gambar biji benih yang aku semai menggunakan biji benih yang telah dikeringkan tadi. Korang cuma perlu tunggu 1-5 hari untuk biji tadi bercambah.
Gambar ni aku ambil sekitar bulan lepas. 

Dan hasilkan selepas sebulan dipindahkan ke tanah....

                     Sihat dan gemuk


  Jika tiada apa halangan, dalam tempoh dua bulan lagi, keluarlah bunganya.
Tapi sekarang musim hujan. Sinar matahari tak begitu terik. Jadi, mungkin pertumbuhannya tidak begitu bagus.

Kepada korang yang baru bermula, korang boleh tanam bunga matahari antara bulan Februari hingga Oktober. 

Tapi kalau nak tanam bulan November pun boleh. Tak ada masalah. 



Ada orang tanya aku. Aku guna baja apa untuk rawat pokok bunga matahari ni? 

Kalau nak tahu, aku guna baja Ezigrow sebab setakat ni, aku dengar baja ni agak hebat. Selain itu, aku guna juga baja serbuk yang ada label NPK (Nitrogen, Phosphorus, Kalium).


Jadi akhir kata, setakat ni sajalah perkongsian aku pada petang ni. Bagi korang yang baru mula menanam bunga-bunga ni, teruskan belajar. Berbudi pada tanah. Kelak kita juga dapat merasainya.

Jaga diri dan stay safe!