Selamat Datang Ke Blog AzhanIcn

Mohon jasa baik pengunjung untuk ikuti blog saya ini ya.

Berminat Untuk Beli Buku atau Novel?

WhatsApp saya di 0132956691. Harga dijamin murah!

Sentiasa Positif Walau Dalam Apa Jua Keadaan

Hari kita ditentukan dengan 'Mood' kita. Jika kita mulakan ia dengan yang baik, sudah tentu kesudahannya juga akan baik.

Jalankan Aktiviti Dakwah!

Sebagai orang Islam, pastikan kamu sentiasa hidupkan diri kamu dengan dakwah. Mengajak ke arah kebaikan juga adalah satu dakwah.

Bacalah Yang Bermanfaat

Luangkan sedikit masa untuk membaca perkara-perkara yang bermanfaat. Jangan isi hati kita dengan bacaan yang tidak mendatangkan apa-apa ilmu atau pengetahuan. Itu hanya akan merugikan kita.

Showing posts with label covid19. Show all posts
Showing posts with label covid19. Show all posts

Tuesday, 10 November 2020

Hari Kedua Kuarantin

10/11/2020.

Hari kedua PKPB dilaksanakan di Johor dan beberapa buah negeri di semenanjung. Jujur agak bosan dan memberikan sedikit tekanan bukan hanya pada aku sebaliknya ramai orang di luar sana.

Kelas online. Seribu kali lebih memenatkan dari kelas bersemuka. Entah mengapa seakan semua orang mengejar deadline. Bagai tiada hari esok.


Dalam masa yang sama, aku cuba menghilangkan tekanan ini dengan melukis. Aku tidak pandai melukis. Tapi melihat video orang lain melukis di Youtube, buatkan aku teringin nak mencuba. Nampak senang. Tetapi bila masuk part aku, hancur berkecai dunia seni ini melihat lukisan aku.

Setahu aku, lukisan yang aku lukis ini ialah soalan sebenar SPM 2019 yang bertemakan fantasi. Seekor ulat gergasi keluar dari sebiji tembikai dan kelihat biji tembikai keluar dalam keadaan marah.

Selain itu, aku juga cuba melukis bunga-bungaan meskipun aku tahu, tangan aku tidak selembut pelukis yang lain. 




Melihat lukisan yang aku lukis, tekanan aku makin bertambah, bukan berkurang. Hahaha....
Bagaimana mereka boleh melukis dengan cantik? Sungguh anugerah Tuhan yang tiada tandingan.

Semoga segalanya berlalu dengan pantas. 

Friday, 6 November 2020

Netflix: The Crown Season 4

                   Source: Google.com



07 November 2020. Masih berbaki beberapa hari lagi untuk The Crown Season 4 ditayangkan di Netflix, 15 November ini.

Bagi korang yang tak tahu, The Crown merupakan drama sejarah tentang pemerintahan Her Majesty Queen Elizabeth II, ratu yang memerintah England sejak 1952 sehingga sekarang.

The Crown ditulis oleh Peter Morgan dan diproduksikan oleh Left Bank Pictures serta Sony Pictures Television yang ditayangkan di aplikasi Netflix.

Drama ini dikatakan akan mempunyai 6 musim dimana setiap dua musim, pelakon akan diganti seiring dengan perubahan setiap zaman yang dilalui oleh Queen Elizabeth II dalam siri ini.

Untuk The Crown Season 4 yang akan mula ditayangkan pada 15 November ini, musim ini adalah situasi di antara tahun 1977 hingga 1990 dibawah pemerintahan perdana menteri Margaret Thatcher atau lebih dikenali sebagai Iron Lady. 
Selain kemunculan Margaret Thatcher dalam musim keempat ini, tidak lupa juga kemunculan Princess Diana atau lebih dikenali sebagai Lady Diana Spencer, iaitu isteri kepada Putera Charles.

Sudah tentu ini membuatkan ramai orang ternanti-nantikan kemunculan musim keempat The Crown ini khususnya kepada penggemar sistem Monarki.

Secara peribadinya, aku amat menantikan season 4 ini kerana aku minat dengan sejarah keluarga diraja British ini lebih-lebih lagi dengan kerendahan hati mendiang Puteri Diana.
Kalau korang, adakah korang menantikan drama ini di kaca skrin Netflix anda?

Thursday, 5 November 2020

Review Movie: The Spongebob Movie On The Run


Hello guys! Assalamualaikum.
Setelah agak berbulan tak update blog ini, aku kembali lagi atas dasar rasa kebosanan yang melanda hati ini. Haha...

Mesti ramai pembaca blog aku ini yang pernah tonton kartun Spongebob Squarepants si span laut tu kan?

Jadi hari ini, aku baru je selesai tonton movie baru tentang Spongebob Squarepant ni. Tajuk dia The Spongebob Movie: On The Run. 

Filem SpongeBob SquarePants ini adalah filem pertama yang sepenuhnya dianimasikan dalam CGI bergaya dan bukannya animasi 2D tradisional biasa. Pelakon suara dari siri ini dijangka dapat menjayakan peranan masing-masing dari siri ini dan filem-filem sebelumnya.


Apa yang buatkan aku rasa tertarik dengan filem Spongebob yang satu ini? Tak lain tak bukan sebab background sepanjang filem ini yang mana bagi aku memang superb. 

Selain kelakar (bagi manusia macam aku yg mudah terhibur), filem ini juga kadang-kadang boleh buatkan kau terasa hati macam nak menangis mengenangkan betapa kuatnya hubungan persahabatan antara Spongebob dengan kawan-kawan dia yang lain.
 
Ada juga scene  macam muzikal  yang mana ada part 'nyanyi-nyanyi' dalam filem ini. 

Paling best bila kau dapat lihat kemunculan Snoop Dog yang buat rap dalam filem Spongebob On The Run ni. Siapa je yang tak terhibur? 


 Bagi korang yang tak tonton lagi filem ni, korang boleh tonton dekat Netflix. Aku jamin korang akan terhibur dan korang akan dapat pengetahuan baru dari filem ini. Pengetahuan? Pengetahuan apa? Tonton lah dulu dan korang akan faham.

Rating dari aku: 9.5/10.



Sultan Muhammad Al-Fateh Edisi ke-2


Kisah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh bagi menawan kota yang paling kebal pada abad pertengahan, Kota Konstantinopel. Kota ini dikhabarkan tidak akan mampu ditakluki oleh sesiapa pun. Dia lahir menjadi panglima yang mengukuhkan Empayar Uthman Turki.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera." 
(H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335) 

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh), "Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.


“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”

Ahli Sejarah Byzantine



Novel ini sudah disemak faktanya oleh Panel Penyemak daripada Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Berminat hendak membeli novel di atas? Hanya RM26 sahaja (Tidak termasuk harga postage).


WhatsApp 0132956691 sekarang! 😄

Tuesday, 24 March 2020

COVID-19: KUARANTIN 14 HARI

24 Mac 2020.
Hari ini adalah hari ke-7 Malaysia melaksanakan social distancing bagi mencegah penularan wabak Novel Coronavirus 2019 yang menghantui hampir segenap pelosok dunia.

Sebagai langkah awal, kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Ts Muhyiddin Yassin telah memberikan notis bahawa ini bukan darurat, sebaliknya hanya langkah untuk mengurangkan penularan wabak itu dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Semasa entri ini ditulis, sebanyak 15 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan hampir 1500 lebih disahkan positif Covid-19.

 Arahan sudah dilaksanakan. Namun masih terdapat segelintir penduduk yang masih tidak bertanggungjawab untuk mengambil peranan dalam melaksanakan program social distancing ini. Sebahagian mereka enak bercuti ke luar negara lantaran harga tiket penerbangan yang jatuh merundum umpama nangka busuk. Tidak kurangnya juga ada yang mengambil inisiatif untuk bercuti dalam negara lantaran cuti yang dipanjangkan selama 14 hari. 

Perlu diketahui, cuti 14 hari ini adalah masa untuk rakyat Malaysia mengkuarantinkan diri mereka dari pelbagai event yang terdedah kepada orang awam, bukan sebuah cuti yang harus diisi dengan keseronokan traveling. Bahkan, tentera juga di kerahkan bagi membantu tugas polis untuk memastikan orang awam tidak keluar daripada kawasan kediaman mereka melainkan darurat dan untuk membeli keperluan harian seperti makanan.


 Persoalannya, apakah aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang cuti kuarantin yang masih berbaki 7 hari ini? 


1. Ganti Solat

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka boleh memenuhi separuh daripada aktiviti harian mereka dengan melaksanakan Solat Qada'. Saya yakin, setiap antara kita mempunyai masa silam yang mana kita lagha dan dipenuhi dengan keasyikan duniawi. Ini adalah masa yang sesuai untuk kita menggantikan waktu solat fardhu yang pernah kita tinggalkan suatu masa lalu.

2. Baca Quran

Al-Quran adalah kitab pegangan umat Islam. Al-Quran ini diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail.
 Saya yakin setiap pembaca mengetahui bahawa kita dapat memperoleh pahala dengan membaca Al-Quran. Ayat Al-Quran bukan seperti zikir yang mana kita tidak akan dapat pahala jika tidak memahami maksudnya. Sebaliknya, sesiapa sahaja yang membaca Al-Quran namun tidak mengetahui maknanya, tetap akan mendapat pahala. Besar ganjarannya bagi kita umat Islam.

3. Membaca

Secara amnya, kita semua sedia maklum bahawa membaca adalah kunci kepada kejayaan sehingga ada pepatah mengatakan "Membaca Itu Jambatan Ilmu".
Dengan membaca, kita bukan sahaja dapat sesuatu ilmu bahkan kita dapat mengubah sebahagian besar kehidupan persekitaran kita. Di Jepun, ada satu ayat yang mengatakan "Orang Terhormat Bukan Lahir Dari Keluarga Kaya, Melainkan Keluarga Pembaca".

Jepun. Sebuah negara maju. Namun masih menitikberatkan soal penuntutan ilmu dan budaya membaca. Penulis pernah berkunjung ke negara matahari terbit ini pada sekitar musim sejuk yang lalu. Hotel tempat penulis menginap, yakni di Hotel Shinjuku gyeo-mae, terdapat bahan bacaan yang disediakan di ruangan menunggu. Hal ini menjadikan negara ini sebagai sumber inspirasi bukan sahaja kepada penulis sendiri, malah berpuluh penulis yang lain. Jadi, sepanjang tempoh kuarantin ini, rajinkanlah diri untuk membaca bahan bacaan yang berilmiah.

4.  Membersihkan Rumah

Ini adalah perkara yang bagi penulis wajib dilaksanakan pada cuti kuarantin ini apatah lagi pada zaman penularan wabak Covid-19 ini. Inilah masanya untuk anda semua mencuci segenap ruang rumah anda menggunakan cecair pembasmi kuman.
 Baru-baru ini, penulis sendiri telah melakukan proses disinfeksi di rumah induk penulis. Segenap ruang harus dibersihkan terutamanya ruangan dapur, pintu, meja makan dan paling utama, permukaan lantai.
 Penulis juga telah mengubahsuai ruangan dapur penulis dengan meletakkan tuala bersih dan sabun pencuci tangan bagi ahli keluarga penulis menggunakannya. Kita semua sedia maklum bahawa antara langkah pencegahan wabak Covid-19 ini adalah dengan kerap mencuci tangan dengan sabun. Adapun menggunakan hand sanitizer, itu adalah sebagai optional. 
Jadi, lakukan disinfeksi pada rumah anda, demi kesihatan dan kesejahteraan keluarga.





 Maka, pesan penulis, rajinkanlah mengambil tahu info-info semasa terutamanya daripada platform yang dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bilik berita seperti TV3 dan sebagainya. Janganlah menyebarkan berita palsu mengenai wabak Covid-19 ini.

Semoga kita semua terhindar daripada penyakit ini, inshaa Allah.