Assalamualaikum guys! Salam sejahtera dan salam muhibah 1 Malaysia.
Sebelum aku memulakan penulisan pada post kali ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada bonda kepada bekas perdana menteri kita yang ke-6 yang juga merupakan isteri kepada perdana menteri ke-2 kita iaitu allahyarham Tun Rahah yang telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 18 Disember 2020 jam 4.30 petang. Allahyarham pergi di usianya yang ke-87. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang bertakwa.
Al-Fatihah...
•••••••••••••••••••••••••••••••••
Jadi hari ini, aku saja meluangkan masa aku berjalan-jalan sekitar halaman rumah. Dalam masa yang sama, tengok-tengok bunga matahari aku yang dah start bermekaran.
3 gambar dekat atas ini merupakan bunga matahari dari keluarga yang sama. Aku tak tahu nama dia. Helliantus Annus? Haha. Memang tak mahir.
Tapi satu kesilapan aku dalam menanam pokok bunga matahari jenis ni ialah aku tanam bersebelahan. Macam yang kita tahu, tumbuhan yang tanam secara berdekatan akan menghasilkan persaingan. Inilah yang terjadi. Pokok bunga matahari ni berbunga ketika panjangnya hanya separas dada aku.
Sedangkan pokok matahari jenis ini sepatutnya tumbuh lagi tinggi dari ketinggian aku. Untuk pengetahuan korang, tinggi aku ialah 173cm. Hehe.
Jadi, bunga primer yang dikeluarkan pokok ni sedikit kecil berbanding bunga matahari yang aku pernah tanam sebelum ini. Korang boleh check post aku sebelum-sebelum ni.
Selain jenis ini, aku ada juga tanam bubga matahari dari jenis renek. Pokok bunga matahari ini dia punya bunga lagi 'kasar' berbanding jenis yang di atas. Contoh macam dekat gambar di bawah ni.
Korang boleh tengok debunga yang menutupi biji benihnya. Lebih 'raw' dari jenis pokok yang satu lagi.
Untuk pengetahuan korang, pokok bunga matahari jenis ni hanya separas lutut aku saja! Dan yang menariknya, daun pokok jenis ni lebih kepada bentuk seakan mangkuk. Bila hujan turun, air akan bertakung pada daun-daun pokok ni .
Kalau korang nak tahu, biji benih pokok matahari renek ni aku beli dekat Shopee. Biji benihnya kecil-kecil dan berwarna putih.
Sedangkan lagi satu pokok yang aku mula-mula cakap dekat atas tadi aku dapat dari pokok bunga matahari yang aku tanam awal tahun ni dan biji benihnya berwarna hitam berbelang.
Aku pernah dapat pertanyaan dari someone dekat IG tentang baja yang aku gunakan.
Kalau korang ada baca post aku sebelum ni, aku pernah bagitahu yang aku gunakan baja Ezigrow.
Selain itu juga, aku ada guna bahan organik. Apa tu? Ha teruskan membaca.
Larutan Kulit Bawang
Untuk pengetahuan korang, kulit bawang amat berguna pada tanaman.
Kalau korang ada buat kenduri-kendara, korang jangan buang kulit bawang tu! Membazir. Boleh guna untuk dibuat larutan.
Pertama sekali, korang kenalah kupas kulit bawang. Hehe...
Bila korang dah kumpul kulit bawang tu banyak-banyak, korang masukkan kulit bawang tu dalam satu botol. Isi sampai kulit bawang tu memenuhi botol.
Lepastu isikan air. Siap!
Bila dah siap, korang tutup dan letakkan dekat tempat yang teduh. Simpan dalam 3 hari sampai air tu bertukar jadi warna merah. Bau dia pun menyengat.
Contoh larutan kulit bawang yang aku buat.
Bila dah 3 hari, korang boleh tapis larutan tu untuk dimasukkan ke botol lain.
Contoh larutan kulit bawang yang sudah siap ditapis. Separuh dah guna. Hehehe...
Okay. Kenapa aku panggil larutan kulit bawang, bukannya baja kulit bawang? Sebab 1 larutan ni mempunyai 3 manfaat sekaligus!
Manfaat pertama,larutan ni berfungsi sebagai racun serangga pada tumbuhan. Serangga macam belalang dan hama tak berani dekat sebab bawang ni sifatnya menyengat. Hehe.
Korang boleh masukkan larutan yang dah ditapis dalam bekas spray dan spray pada daun-daun pokok.
TAPI INGAT!!!
Korang hanya boleh sembur awal pagi sebelum matahari muncul atau waktu senja menjelang maghrib. Hal ini supaya daun tu tak 'hangus' mati sebab terkena sinar matahari.
Antara fungsi lain larutan ni juga adalah sebagai baja. Caranya, korang tadah satu baldi air, dan tuangkan larutan ke dalam air tersebut lalu dikacau hingga sebati. Agak-agak je tuang tu. Tak perlu sukat.
Ingat ye. Baja ni siram dekat bahagian tanah/akar sahaja. Jangan siram pada daun. Akar tu yang paling penting.
Jadi itu sahaja perkongsian daripada aku hari ini. Ingat. Manfaatkan segala bahan disekeliling kita. Jangan dibuang macam itu sahaja. Sayang sangat.
Macam hampas teh uncang tu. Jangan dibuang. Boleh jadi baja juga.
Untuk korang yang nak buat larutan kulit bawang, korang boleh guna apa jenis bawang sekalipun. Bawang merah, bawang putih dan sebagainya.
Selamat bertani!