Selamat Datang Ke Blog AzhanIcn
Mohon jasa baik pengunjung untuk ikuti blog saya ini ya.
Berminat Untuk Beli Buku atau Novel?
WhatsApp saya di 0132956691. Harga dijamin murah!
Sentiasa Positif Walau Dalam Apa Jua Keadaan
Hari kita ditentukan dengan 'Mood' kita. Jika kita mulakan ia dengan yang baik, sudah tentu kesudahannya juga akan baik.
Jalankan Aktiviti Dakwah!
Sebagai orang Islam, pastikan kamu sentiasa hidupkan diri kamu dengan dakwah. Mengajak ke arah kebaikan juga adalah satu dakwah.
Bacalah Yang Bermanfaat
Luangkan sedikit masa untuk membaca perkara-perkara yang bermanfaat. Jangan isi hati kita dengan bacaan yang tidak mendatangkan apa-apa ilmu atau pengetahuan. Itu hanya akan merugikan kita.
Showing posts with label netflix. Show all posts
Showing posts with label netflix. Show all posts
Friday, 6 November 2020
Netflix: The Crown Season 4
Source: Google.com
07 November 2020. Masih berbaki beberapa hari lagi untuk The Crown Season 4 ditayangkan di Netflix, 15 November ini.
Bagi korang yang tak tahu, The Crown merupakan drama sejarah tentang pemerintahan Her Majesty Queen Elizabeth II, ratu yang memerintah England sejak 1952 sehingga sekarang.
The Crown ditulis oleh Peter Morgan dan diproduksikan oleh Left Bank Pictures serta Sony Pictures Television yang ditayangkan di aplikasi Netflix.
Drama ini dikatakan akan mempunyai 6 musim dimana setiap dua musim, pelakon akan diganti seiring dengan perubahan setiap zaman yang dilalui oleh Queen Elizabeth II dalam siri ini.
Untuk The Crown Season 4 yang akan mula ditayangkan pada 15 November ini, musim ini adalah situasi di antara tahun 1977 hingga 1990 dibawah pemerintahan perdana menteri Margaret Thatcher atau lebih dikenali sebagai Iron Lady.
Selain kemunculan Margaret Thatcher dalam musim keempat ini, tidak lupa juga kemunculan Princess Diana atau lebih dikenali sebagai Lady Diana Spencer, iaitu isteri kepada Putera Charles.
Sudah tentu ini membuatkan ramai orang ternanti-nantikan kemunculan musim keempat The Crown ini khususnya kepada penggemar sistem Monarki.
Secara peribadinya, aku amat menantikan season 4 ini kerana aku minat dengan sejarah keluarga diraja British ini lebih-lebih lagi dengan kerendahan hati mendiang Puteri Diana.
Kalau korang, adakah korang menantikan drama ini di kaca skrin Netflix anda?
Thursday, 5 November 2020
Review Movie: The Spongebob Movie On The Run
November 05, 2020covid19, malaysia, netflix, spongebob squarepant, spongebobontherun, stephenhillenburgNo comments
Hello guys! Assalamualaikum.
Setelah agak berbulan tak update blog ini, aku kembali lagi atas dasar rasa kebosanan yang melanda hati ini. Haha...
Mesti ramai pembaca blog aku ini yang pernah tonton kartun Spongebob Squarepants si span laut tu kan?
Jadi hari ini, aku baru je selesai tonton movie baru tentang Spongebob Squarepant ni. Tajuk dia The Spongebob Movie: On The Run.
Filem SpongeBob SquarePants ini adalah filem pertama yang sepenuhnya dianimasikan dalam CGI bergaya dan bukannya animasi 2D tradisional biasa. Pelakon suara dari siri ini dijangka dapat menjayakan peranan masing-masing dari siri ini dan filem-filem sebelumnya.
Apa yang buatkan aku rasa tertarik dengan filem Spongebob yang satu ini? Tak lain tak bukan sebab background sepanjang filem ini yang mana bagi aku memang superb.
Selain kelakar (bagi manusia macam aku yg mudah terhibur), filem ini juga kadang-kadang boleh buatkan kau terasa hati macam nak menangis mengenangkan betapa kuatnya hubungan persahabatan antara Spongebob dengan kawan-kawan dia yang lain.
Ada juga scene macam muzikal yang mana ada part 'nyanyi-nyanyi' dalam filem ini.
Paling best bila kau dapat lihat kemunculan Snoop Dog yang buat rap dalam filem Spongebob On The Run ni. Siapa je yang tak terhibur?
Bagi korang yang tak tonton lagi filem ni, korang boleh tonton dekat Netflix. Aku jamin korang akan terhibur dan korang akan dapat pengetahuan baru dari filem ini. Pengetahuan? Pengetahuan apa? Tonton lah dulu dan korang akan faham.
Rating dari aku: 9.5/10.










