Wednesday, 2 December 2020

Puteri Diana, Ratu di Mata Dunia

Hari ini, aku saja meluangkan masa melayari laman sosial Instagram aku. Disebabkan aku lebih tertumpu pada sejarah, politik dan ekonomi, maka newsfeed Instagram aku juga banyak dilatari oleh tema tersebut.

Antara salah satu newsfeed yang menarik perhatian aku adalah mengenai sebuah akaun yang memuat naik gambaran Puteri Diana, Princess of Wales ketika tua. Umum mengetahui, Puteri Diana meninggal pada usia 36 tahun akibat kemalangan di Paris.
Beliau dilahirkan pada tahun 1961, jadi pada tahun ini beliau seharusnya berumur 59 tahun.

Sudah tentu ramai yang membayangkan bagaimana wajah tua puteri cantik ini?
Ini antara gambaran sekiranya Puteri Diana masih hidup pada hari ini.

                       Gambaran 1

                 GAMBARAN 2


Bagi aku, kedua-dua gambar itu tetap kelihatan cantik dan mempunyai auranya yang tersendiri.

Kita semua tahu, Puteri Diana adalah satu-satunya kerabat diraja England yang benar-benar 'manusia'. Beliau mempunyai hati. Beliau mempunyai perasaan. Tidak seperti kerabat diraja yang lain yang lebih berpandukan protokol istana semata-mata.

Puteri Diana ialah puteri yang begitu diinspirasi oleh jutaan penduduk dunia. Bersifat keibuan dan sentiasa memimpin tangan anaknya, Putera William dan Putera Harry sewaktu kecil.

Kematiannya pada 31 Ogos 1997 merupakan kematian yang tragik. Dunia menangisi pemergian bidadari dunia ini. Tiada lagi senyuman dari beliau kepada sekalian penduduk dunia.

Beliau dikhianati oleh suami sendiri. Bahkan dari sudut teori konspirasi, dikatakan kematian Puteri Diana dirancang kerana dikatakan beliau akan berpindah agama ke agama Islam.

Jika difikirkan, sememangnya wajar. Tidak mungkin ibu kepada bakal raja England beragama Islam. 

Bagi yang sudah lama mengenali aku, pasti mengetahui bahawa aku pernah membuat satu video panjang yang menceritakan tentang kematian Puteri Diana dan konspirasi di sebalik kematian beliau. Tetapi sayang. Video aku itu diblock oleh pihak Youtube.


Kini setelah lebih 20 tahun kematian Puteri Diana, dunia masih lagi mengingati beliau sebagai Ratu Dunia. Kini dunia membenci bekas suami Puteri Diana, iaitu Putera Charles dan perempuan simpanannya, Camilla Parker-Bowles. 

Kerana pada pandangan dunia, Camilla lah punca musnahnya kehidupan Puteri Diana yang dicintai. 

Terdapat satu khabar angin juga mengapa Queen Elizabeth II masih memerintah hingga ke hari ini. Antara sebabnya ialah baginda ingin memberikan takhta England terus ke anak Puteri Diana, iaitu Putera William dan isterinya, Kate Middleton. 

Hal ini mempunyai beberapa sebab. Dari pandangan peribadi aku, baginda berbuat demikian kerana baginda tahu, sekiranya Putera Charles yang menjadi Raja England dan Camilla sebagai permaisuri, monarki akan hancur dan jatuh berguling.

Kerana baginda tahu. Rakyat akan menolak kedua-dua insan ini sebagai Raja England. Sehingga hari ini, rakyat tidak akan lupa bahawa kedua insan ini pernah menghancurkan hidup puteri kesayangan mereka, Puteri Diana.

Bagi mereka, Puteri Diana lah bakal permaisuri yang layak di England ini. Bukan seorang perempuan simpanan seperti Camilla.


Namun begitu, alasannya hanya pada Queen Elizabeth II seorang sahaja. Sama ada baginda ingin terus memerintah, atau membiarkan monarki jatuh di bawah pentadbiran Putera Charles dan Camilla.



0 ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Hadir Ke Blog Aku Yang Sederhana Ringkas ini. Tinggalkanlah Komen Anda Mengenai Setiap Catatan Blog Aku Ini.