Selamat Datang Ke Blog AzhanIcn

Mohon jasa baik pengunjung untuk ikuti blog saya ini ya.

Berminat Untuk Beli Buku atau Novel?

WhatsApp saya di 0132956691. Harga dijamin murah!

Sentiasa Positif Walau Dalam Apa Jua Keadaan

Hari kita ditentukan dengan 'Mood' kita. Jika kita mulakan ia dengan yang baik, sudah tentu kesudahannya juga akan baik.

Jalankan Aktiviti Dakwah!

Sebagai orang Islam, pastikan kamu sentiasa hidupkan diri kamu dengan dakwah. Mengajak ke arah kebaikan juga adalah satu dakwah.

Bacalah Yang Bermanfaat

Luangkan sedikit masa untuk membaca perkara-perkara yang bermanfaat. Jangan isi hati kita dengan bacaan yang tidak mendatangkan apa-apa ilmu atau pengetahuan. Itu hanya akan merugikan kita.

Showing posts with label coronavirus. Show all posts
Showing posts with label coronavirus. Show all posts

Sunday, 22 March 2020

COVID-19; ANTARA PETANDA & MALAPETAKA


Disember 2019, dunia dikejutkan dengan satu penemuan virus asing yang tidak dikenalpasti sifatnya. 
 Mula dikesan di bandaraya Wuhan, Hubei China, virus ini mulai menyerang manusia sehingga ke peringkat global dan telah diiktiraf pandemik oleh World Health Organazation (WHO). 


 Sehingga Jumaat, 20 Mac 2020, sebanyak 246000 manusia telah diserang oleh Covid-19. Ya. Inilah nama virus baharu tersebut. Jumlah tersebut terus meningkat saban hari bahkan kematian akibat virus ini juga sudah mencecah hampir 10,000 manusia!

Virus Coronavirus-2019 atau dikenali sebagai Covid-19 ini merupakan sejenis virus dari baka SARS-COV-2. 
 
Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza iaitu dengan melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Penyakit ini dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin berlaku sebelum gejala muncul.Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari.Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas. Komplikasi mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut.

VAKSIN & PENAWAR
Setakat artikel ini dikarang, masih belum ada vaksin yang mampu menjadi penawar kepada penyakit ini. Oleh hal yang sedemikian, setiap rakyat di seantero dunia disarankan oleh melakukan beberapa langkah pencegahan antaranya:


1) Membasuh tangan menggunakan sabun dengan kerap.

2) Menggunakan hand sanitizer ketika berada di luar rumah

3) Tidak berada di tempat yang menjadi tumpuan orang awam.

4) Mengamalkan etika batuk dan bersih dengan betul.

5) Makan makanan yang dimasak sepenuhnya.

6) Tidak bergaul dengan individu yang mempunyai simptom Covid-19


 Itu adalah antara beberapa langkah pencegahan yang perlu diamalkan oleh setiap masyarakat. Namun begitu perlu diingatkan. Pada musim seperti ini, anda tidak perlu panik sehingga membuat panic buying. Anda hanya perlu mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan keselamatan anda terjamin. 
 Juga diingatkan. Hand sanitizer hanyalah optional . Tidak perlu panik hingga anda 'tapau' semua hand sanitizer di farmasi atau pasaraya-pasaraya tertentu. Hehe...

 Menggunakan air dan sabun jauh lebih baik berbanding menggunakan hand sanitizer. 


SABDA NABI

Pada 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan perintah agar rakyat Malaysia duduk di rumah dan tidak keluar ke mana-mana tanpa sebab yang jelas.
 Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kadar peningkatan kes Covid-19 di negara Malaysia. Perintah ini akan berakhir pada 31 Mac 2020.
 Ketika artikel ini ditulis, Malaysia telah mencatatkan 10 kematian akibat wabak Covid-19 ini.

Maka, rakyat Malaysia dinasihati untuk sentiasa berada di rumah demi mengurangkan wabak ini. Hal ini bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW:

“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini, Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya.


 (Rujuk Kitab: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).




Patuhi perintah kerajaan, dan jadilah seorang warganegara yang bermanfaat. Bersama kita mengurangkan kes Covid-19 di Malaysia.

       (Info: Corona bermaksud mahkota [crown] kerana di bahagian tepi virus. ini terdapat tompokan umpama.        mahkota.)



 -ADMIN-