Selamat Datang Ke Blog AzhanIcn

Mohon jasa baik pengunjung untuk ikuti blog saya ini ya.

Berminat Untuk Beli Buku atau Novel?

WhatsApp saya di 0132956691. Harga dijamin murah!

Sentiasa Positif Walau Dalam Apa Jua Keadaan

Hari kita ditentukan dengan 'Mood' kita. Jika kita mulakan ia dengan yang baik, sudah tentu kesudahannya juga akan baik.

Jalankan Aktiviti Dakwah!

Sebagai orang Islam, pastikan kamu sentiasa hidupkan diri kamu dengan dakwah. Mengajak ke arah kebaikan juga adalah satu dakwah.

Bacalah Yang Bermanfaat

Luangkan sedikit masa untuk membaca perkara-perkara yang bermanfaat. Jangan isi hati kita dengan bacaan yang tidak mendatangkan apa-apa ilmu atau pengetahuan. Itu hanya akan merugikan kita.

Thursday, 12 November 2020

Hari Keempat PKPB

Hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di semenanjung Malaysia. Hari demi hari banyak berita terbaharu muncul di newsfeed IG mahupun Twitter.

Baik dari reaksi positif dan negatif. Semuanya sudah aku baca. Terbaharu, seorang menteri dikatakan mempersoalkan tindakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang takut mati


Ada juga berita berkaitan netizen yang mempersoalkan mengapa ceramah Ustaz Azhar Idrus dibatalkan atas faktor PKPB sedangkan program realiti ABPBH boleh diteruskan.
Ya. Dari pandangan aku hanya ada satu jawapan sahaja. Double standard.

Nampaknya kita sebagai rakyat marhaen yang menjadi pemerhati harus menonton drama politik ini sehingga penyakit ini benar-benar hilang.
Entah sehingga bila kita harus memerhatikan gelagat mereka semua.



Dalam masa yang sama, kepada semua pembaca blog aku, aku nak uar-uarkan bahawa aku menjual barangan seperti kasut, bag, hoodie dan jam tangan dengan harga yang berpatutan.
Korang boleh WhatsApp nombor 0132956691 untuk beli. Ada yang free postage tau. 




Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita semua.


Wednesday, 11 November 2020

Sumber Pendapatan PKPB

Assalamualaikum semua.
Hari ini aku nak kongsi beberapa jenis barangan panas yang dijual oleh aku sejak PKPB dilaksanakan.

Aku harap ada antara pembaca blog aku ini dapat support aku. Tak beli pun tak apa asalkan sekurang-kurangnya korang tolong share pada kawan-kawan korang.

Aku cuba cari rezeki yang halal untuk menampung perbelanjaan diri aku sepanjang tempoh PKPB ini.



Jom tengok apa yang aku jual.



Korang suka mengunyah? Aku ada jual baby crab. Cuma RM15 saja sebalang. 
Boleh Whatsapp nombor dekat akhir blog ini kalau korang berminat.


Selain itu aku ada juga jual beberapa jenis jam tangan yang cantik.


Setiap satu jam tangan dekat atas ni harganya dia cuma RM35 je termasuk postage. Berbaloi. Mana lagi kan nak dapat jam cantik macam tu dengan harga murah.


Korang percaya tak kalau aku cakap harga kasut dekat atas ni cuma RM37 termasuk pos? Ya. Itulah harganya. Murah gilakan? Kalau kedai lain, boleh cecah RM65 ke atas.

Produk terakhir ialah hoodie. Korang yang baca blog aku ni mesti ada yang suka pakai hoodie kan? Nak tahu harga dia? RM40 sahaja sehelai. Juga termasuk pos.
 Ada banyak pilihan warna. Cakap je pada aku. Insha Allah ada warna yang korang minat tu. 


Aku tak minta banyak. Aku minta sesiapa yang minat nak beli untuk WhatsApp aku di talian 0132956691. Aku akui. Banyak orang hilang kerja musim PKPB macam ini. Dan salah satu caranya ialah dengan berniaga secara dalam talian ini.

Semoga Allah murahkan rezeki kita. Aamiin.


Tuesday, 10 November 2020

Hari Kedua Kuarantin

10/11/2020.

Hari kedua PKPB dilaksanakan di Johor dan beberapa buah negeri di semenanjung. Jujur agak bosan dan memberikan sedikit tekanan bukan hanya pada aku sebaliknya ramai orang di luar sana.

Kelas online. Seribu kali lebih memenatkan dari kelas bersemuka. Entah mengapa seakan semua orang mengejar deadline. Bagai tiada hari esok.


Dalam masa yang sama, aku cuba menghilangkan tekanan ini dengan melukis. Aku tidak pandai melukis. Tapi melihat video orang lain melukis di Youtube, buatkan aku teringin nak mencuba. Nampak senang. Tetapi bila masuk part aku, hancur berkecai dunia seni ini melihat lukisan aku.

Setahu aku, lukisan yang aku lukis ini ialah soalan sebenar SPM 2019 yang bertemakan fantasi. Seekor ulat gergasi keluar dari sebiji tembikai dan kelihat biji tembikai keluar dalam keadaan marah.

Selain itu, aku juga cuba melukis bunga-bungaan meskipun aku tahu, tangan aku tidak selembut pelukis yang lain. 




Melihat lukisan yang aku lukis, tekanan aku makin bertambah, bukan berkurang. Hahaha....
Bagaimana mereka boleh melukis dengan cantik? Sungguh anugerah Tuhan yang tiada tandingan.

Semoga segalanya berlalu dengan pantas. 

Monday, 9 November 2020

Buku : Mahasiswa Bukan Robot

Buku ‘Mahasiswa Bukan Robot’ ialah sebuah buku berkisarkan segala isu, permasalahan, solusi, serta perkongsian pengalaman berharga mahasiswa semester akhir, serta pemimpin pelajar di universiti nombor satu negara iaitu Amirul Eqhwan.

Apa yang menarik dalam buku ‘Mahasiswa Bukan Robot’? Antaranya ialah;

1. Doktrinasi Songsang Terhadap Sistem Meritokrasi
2. Amboih! Seronoknya Kau Dah Habis Exam!
3. Baucer Buku 1 Malaysia : Sejauh Mana Integriti Mahasiswa?
4. Acah-acah Steve Jobs
5. Bertaubat Daripada Dunia Hiburan
6. Mayat Hidup
7. Vape 95% Lebih Selamat Daripada Rokok?
8. Polemik Februari : Hari Valentine Haram di Sisi Islam
9. Amoi Skirt Pendek Dan Pahala Solat Isyak
10. Selena Gomez
11. Budak Nasyid Yang Tertipu
12. Persatuan Islam Tak Jaga Ikhtilat
13. Dakwah Hikmah Bukan Sekadar Berlembut
14. Muslim Mesti Tegas, Bukan Apologetik!
15. Media Liberal, Fasik di Zaman Moden
16. Kebodohan Pejuang Freedom of Speech dan Puak-puak Liberal
17. Membongkar Modus Operandi Sisters in Islam!
18. Shameer Hisham, Genius Dari Hogwarts
19. Abdul Kadir Shah, Pemimpin Harapan Belia!
20. Shahrulanwar Membumikan Budaya Ilmu
21. Kalau Aku Tak Nak Mengundi, Tak Apa Ke?
22. Bersih 4.0
23. Malaysia Negara Islam Atau Negara Sekular?
24. Sejarah Penubuhan PASUM Serta Semangat Perjuangannya
25. Ibrah Surah Yusuf Dan Ekonomi Dunia
26. Budaya Kronisme Dan Kebebalan Yang Nyata
27. Aku Dan Pokemon Go
28. Manusia Bermanfaat Buat Ummah
29. Aktivisma Dan Kepimpinan Tidak Bermusim
30. Surat Cinta Buat Pro-M Dan Penggerak

Dan banyak lagi topik menarik dan panas yang bakal memberi tamparan kesedaran dan keinsafan kepada para mahasiswa di seluruh negara!




Hanya berharga RM33 sahaja TERMASUK harga postage. 

Dapatkan sekarang. WhatsApp 0132956691.


Jangan lepaskan peluang. Stok terhad.

Sunday, 8 November 2020

PKPB Di Seluruh Semenanjung Kecuali Kelantan, Perlis, Pahang.

Ketika menonton pengumuman yang dibuat oleh Senator Dr. Mohd Radzi Jidin semalam di sekolah, timbul pelbagai reaksi di kalangan guru dan pelajar.
 Bagi guru, sudah pasti berita itu agak 'menyusahkan' manakala bagi sebahagian murid khususnya pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam seperti SPM dan STPM, sudah pasti juga ia akan 'menyusahkan'.

Bagai jatuh ditimpa tangga. Itulah reaksi classmate aku apabila mendapat tahu peperiksaan awam SPM ditunda lagi pada 22 Februari 2021. 

Timbul pelbagai keluhan dari murid. Meliputi class online sehinggalah mempersoalkan tentang kebodohan rakyat Malaysia yang dikatakan 'mementingkan diri sendiri' kerana masih berjalan ke sana ke sini sehingga menyebarkan lagi virus Covid-19 ini ke beberapa negeri zon hijau seperti Johor dan Melaka.

Impaknya, murid sekolah yang akan menerima nasib itu. Mereka terpaksa menanggung beban kebodohan orang dewasa yang mementingkan diri sendiri tersebut.


Apa hendak dikata? Golongan mementingkan diri sendiri ini yang akan jadi pewaris negara? Dengan ilmu yang tidak cukup. Dengan iman yang lemah. Dengan hati yang mudah terpengaruh dengan propaganda asing. Ini yang dipanggil generasi pewaris untuk sebuah negara berdaulat seperti Malaysia? Mustahil.

Mereka tidak bakal layak menjadi pewaris negara. Mereka hanya layak menjadi pewaris warga tua yang duduk di warung kopi, menepuk-nepuk meja sambil bersembang tentang politik dunia tanpa sebarang ilmu.



       Masih mengekalkan jarak mengikut SOP yang ditetapkan.



  Juga masih mengekalkan jarak SOP mengikut saranan KKM dan WHO.



Kita tidak akan menang jika masih ada orang yang mementingkan diri sendiri.

Forget death by Covid-19,
Its death by bad conversation. 

Cara Penanaman Bunga Matahari


Kita semua sedia maklum bahawa bunga matahari atau Heliantus Annus adalah sejenis pokok bunga yang boleh mencapai ketinggian 2 meter atau lebih.
Dulu, bunga ni tak dapat banyak perhatian daripada masyarakat di Malaysia ni. Tapi sejak kebelakangan ini, ramai yang mula tertarik untuk menanam tumbuhan ini di halaman rumah mereka.

Nak dijadikan cerita, awal tahun haritu, sekitar Januari 2020, aku dapat biji benih bunga matahari dari pembantu makmal dekat sekolah tempat aku belajar. So aku simpanlah dulu biji benih tu sebab belum rasa nak semai.

Dalam pertengahan bulan Mac tu barulah aku cuba untuk semai. Nak dipendekkan cerita, dari semua biji yang aku semai, hanya satu pokok je yang berjaya tumbuh besar dan mengeluarkan bunga.


Gambar dekat atas inilah satu-satunya pokok yang berjaya tumbuh dengan jayanya. Gambar ini aku ambil dalam penghujung bulan Julai macam tu. Jadi, boleh disimpulkan pokok bunga matahari ni memerlukan masa lebih kurang 4-5 bulan untuk mengeluarkan bunga dari tempoh ia disemai.
Oh ya. Untuk pengetahuan korang, pokok bunga yang aku tanam ni jenis pokok bunga yang boleh mengeluarkan banyak bunga. Pokok ni akan bercabang-cabang dan cabangnya akan keluarkan bunga.


Salah satu manfaat bila korang tanam bunga matahari ni ialah serangga baik macam lebah akan jadikannya sebagai tempat menghisap madu. Jadi, kalau korang ada buat bisnes ternakan lebah kelulut, sesuai sangatlah tanam bunga matahari berhampiran.



Macam mana nak tahu yang pokok bunga matahari dah menghasilkan biji benih? Caranya senang. Bila kau tengok bunga matahari tu dah layu dan kelopak-kelopak dia yang berwarna kuning tu tanggal, korang dah boleh tuai dan jemurkannya di bawah sinaran matahari. 
Kenapa kena jemur? Supaya biji benih tadi tak berada dalam keadaan lembap. Kalau berada dalam keadaan lembap, kulat mudah tumbuh. Habis rosak biji benih tadi.


Gambar kat bawah ni contoh pokok bunga matahari yang akan mati sebab dah sampai masa untuk dituai.


Yup. Pokok bunga matahari hanya akan hidup 1 musim sahaja. Bila dia dah habis berbunga, automatik pokok akan layu sendiri dan mati perlahan-lahan. Jadi, dah boleh petik bunga-bunganya untuk diambil biji benihnya.


Gambar dekat atas ni ialah gambar aku membersihkan kelopak bunga matahari untuk diambil bijinya.
Bila korang dah lepaskan semua bijinya dari kelopak tu, korang dah boleh jemur bawah sinaran matahari. Tapi perlu diingatkan. Jangan sampai ayam atau burung makan.


Bila dah kering, dah bolehlah jadikan biji benih untuk disemai kembali ke tanah atau korang boleh pack untuk dijual.

   Contoh biji benih yang telah kering dan di pack kan.


Gambar dekat atas ni ialah gambar biji benih yang aku semai menggunakan biji benih yang telah dikeringkan tadi. Korang cuma perlu tunggu 1-5 hari untuk biji tadi bercambah.
Gambar ni aku ambil sekitar bulan lepas. 

Dan hasilkan selepas sebulan dipindahkan ke tanah....

                     Sihat dan gemuk


  Jika tiada apa halangan, dalam tempoh dua bulan lagi, keluarlah bunganya.
Tapi sekarang musim hujan. Sinar matahari tak begitu terik. Jadi, mungkin pertumbuhannya tidak begitu bagus.

Kepada korang yang baru bermula, korang boleh tanam bunga matahari antara bulan Februari hingga Oktober. 

Tapi kalau nak tanam bulan November pun boleh. Tak ada masalah. 



Ada orang tanya aku. Aku guna baja apa untuk rawat pokok bunga matahari ni? 

Kalau nak tahu, aku guna baja Ezigrow sebab setakat ni, aku dengar baja ni agak hebat. Selain itu, aku guna juga baja serbuk yang ada label NPK (Nitrogen, Phosphorus, Kalium).


Jadi akhir kata, setakat ni sajalah perkongsian aku pada petang ni. Bagi korang yang baru mula menanam bunga-bunga ni, teruskan belajar. Berbudi pada tanah. Kelak kita juga dapat merasainya.

Jaga diri dan stay safe! 



Saturday, 7 November 2020

US Election: Joe Biden Sebagai Presiden Amerika Syarikat


Setelah beberapa hari pemilihan presiden Amerika Syarikat dibuat, kini kita semua mengetahui bahawa Joe Biden telah secara rasminya diangkat menjadi presiden Amerika Syarikat ke-46 menggantikan Presiden Donald Trump.

Sekilas lalu, jujur aku agak begitu berdebar ketika pilihanraya masih dijalankan. Yalah. Melihat statistik pengundian setiap kali, membuatkan aku tak sabar untuk melihat siapa presiden seterusnya.

Dan kini, debaran penantian itu telahpun berlalu. Kini muncul satu lagi debaran baharu. Adakah Joe Biden ini lebih baik atau lebih teruk dari presiden Donald Trump?

Untuk pengetahuan korang semua, antara salah satu asbab bagaimana Joe Biden menang adalah kerana Joe Biden berjanji dengan umat Islam di sana untuk membela nasib umat Islam yang ditindas sepanjang pemerintahan presiden Donald Trump.
Beliau sendiri turun padang bertemu dengan umat Islam di sana dan berjanji untuk membela nasib mereka.

Hmm... Boleh percaya ke? 

Kita tengok selepas ini. Adakah janji sekadar janji, atau akan ada satu konspirasi disebalik perlantikkan ini.


Namun yang pasti, kita mengetahui, presiden Amerika Syarikat kini bukan lagi dalam penguasaan presiden Donald Trump. Seperti pemilihan di masa lalu, mereka yang bukan lagi menjadi presiden akan terus 'lenyap' dari pandangan manusia kerana tidak dihiraukan lagi.

Apa-apa pun, semoga segalanya berlaku dengan baik dan aman serta adil. Dalam masa yang sama, sama-samalah kita mengekalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan demi memutuskan jangkitan Covid-19 di persekitaran kita.



Friday, 6 November 2020

Netflix: The Crown Season 4

                   Source: Google.com



07 November 2020. Masih berbaki beberapa hari lagi untuk The Crown Season 4 ditayangkan di Netflix, 15 November ini.

Bagi korang yang tak tahu, The Crown merupakan drama sejarah tentang pemerintahan Her Majesty Queen Elizabeth II, ratu yang memerintah England sejak 1952 sehingga sekarang.

The Crown ditulis oleh Peter Morgan dan diproduksikan oleh Left Bank Pictures serta Sony Pictures Television yang ditayangkan di aplikasi Netflix.

Drama ini dikatakan akan mempunyai 6 musim dimana setiap dua musim, pelakon akan diganti seiring dengan perubahan setiap zaman yang dilalui oleh Queen Elizabeth II dalam siri ini.

Untuk The Crown Season 4 yang akan mula ditayangkan pada 15 November ini, musim ini adalah situasi di antara tahun 1977 hingga 1990 dibawah pemerintahan perdana menteri Margaret Thatcher atau lebih dikenali sebagai Iron Lady. 
Selain kemunculan Margaret Thatcher dalam musim keempat ini, tidak lupa juga kemunculan Princess Diana atau lebih dikenali sebagai Lady Diana Spencer, iaitu isteri kepada Putera Charles.

Sudah tentu ini membuatkan ramai orang ternanti-nantikan kemunculan musim keempat The Crown ini khususnya kepada penggemar sistem Monarki.

Secara peribadinya, aku amat menantikan season 4 ini kerana aku minat dengan sejarah keluarga diraja British ini lebih-lebih lagi dengan kerendahan hati mendiang Puteri Diana.
Kalau korang, adakah korang menantikan drama ini di kaca skrin Netflix anda?

Thursday, 5 November 2020

Review Movie: The Spongebob Movie On The Run


Hello guys! Assalamualaikum.
Setelah agak berbulan tak update blog ini, aku kembali lagi atas dasar rasa kebosanan yang melanda hati ini. Haha...

Mesti ramai pembaca blog aku ini yang pernah tonton kartun Spongebob Squarepants si span laut tu kan?

Jadi hari ini, aku baru je selesai tonton movie baru tentang Spongebob Squarepant ni. Tajuk dia The Spongebob Movie: On The Run. 

Filem SpongeBob SquarePants ini adalah filem pertama yang sepenuhnya dianimasikan dalam CGI bergaya dan bukannya animasi 2D tradisional biasa. Pelakon suara dari siri ini dijangka dapat menjayakan peranan masing-masing dari siri ini dan filem-filem sebelumnya.


Apa yang buatkan aku rasa tertarik dengan filem Spongebob yang satu ini? Tak lain tak bukan sebab background sepanjang filem ini yang mana bagi aku memang superb. 

Selain kelakar (bagi manusia macam aku yg mudah terhibur), filem ini juga kadang-kadang boleh buatkan kau terasa hati macam nak menangis mengenangkan betapa kuatnya hubungan persahabatan antara Spongebob dengan kawan-kawan dia yang lain.
 
Ada juga scene  macam muzikal  yang mana ada part 'nyanyi-nyanyi' dalam filem ini. 

Paling best bila kau dapat lihat kemunculan Snoop Dog yang buat rap dalam filem Spongebob On The Run ni. Siapa je yang tak terhibur? 


 Bagi korang yang tak tonton lagi filem ni, korang boleh tonton dekat Netflix. Aku jamin korang akan terhibur dan korang akan dapat pengetahuan baru dari filem ini. Pengetahuan? Pengetahuan apa? Tonton lah dulu dan korang akan faham.

Rating dari aku: 9.5/10.



Sultan Muhammad Al-Fateh Edisi ke-2


Kisah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh bagi menawan kota yang paling kebal pada abad pertengahan, Kota Konstantinopel. Kota ini dikhabarkan tidak akan mampu ditakluki oleh sesiapa pun. Dia lahir menjadi panglima yang mengukuhkan Empayar Uthman Turki.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera." 
(H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335) 

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh), "Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.


“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”

Ahli Sejarah Byzantine



Novel ini sudah disemak faktanya oleh Panel Penyemak daripada Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Berminat hendak membeli novel di atas? Hanya RM26 sahaja (Tidak termasuk harga postage).


WhatsApp 0132956691 sekarang! 😄

Tuesday, 24 March 2020

COVID-19: KUARANTIN 14 HARI

24 Mac 2020.
Hari ini adalah hari ke-7 Malaysia melaksanakan social distancing bagi mencegah penularan wabak Novel Coronavirus 2019 yang menghantui hampir segenap pelosok dunia.

Sebagai langkah awal, kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Ts Muhyiddin Yassin telah memberikan notis bahawa ini bukan darurat, sebaliknya hanya langkah untuk mengurangkan penularan wabak itu dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Semasa entri ini ditulis, sebanyak 15 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan hampir 1500 lebih disahkan positif Covid-19.

 Arahan sudah dilaksanakan. Namun masih terdapat segelintir penduduk yang masih tidak bertanggungjawab untuk mengambil peranan dalam melaksanakan program social distancing ini. Sebahagian mereka enak bercuti ke luar negara lantaran harga tiket penerbangan yang jatuh merundum umpama nangka busuk. Tidak kurangnya juga ada yang mengambil inisiatif untuk bercuti dalam negara lantaran cuti yang dipanjangkan selama 14 hari. 

Perlu diketahui, cuti 14 hari ini adalah masa untuk rakyat Malaysia mengkuarantinkan diri mereka dari pelbagai event yang terdedah kepada orang awam, bukan sebuah cuti yang harus diisi dengan keseronokan traveling. Bahkan, tentera juga di kerahkan bagi membantu tugas polis untuk memastikan orang awam tidak keluar daripada kawasan kediaman mereka melainkan darurat dan untuk membeli keperluan harian seperti makanan.


 Persoalannya, apakah aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang cuti kuarantin yang masih berbaki 7 hari ini? 


1. Ganti Solat

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka boleh memenuhi separuh daripada aktiviti harian mereka dengan melaksanakan Solat Qada'. Saya yakin, setiap antara kita mempunyai masa silam yang mana kita lagha dan dipenuhi dengan keasyikan duniawi. Ini adalah masa yang sesuai untuk kita menggantikan waktu solat fardhu yang pernah kita tinggalkan suatu masa lalu.

2. Baca Quran

Al-Quran adalah kitab pegangan umat Islam. Al-Quran ini diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail.
 Saya yakin setiap pembaca mengetahui bahawa kita dapat memperoleh pahala dengan membaca Al-Quran. Ayat Al-Quran bukan seperti zikir yang mana kita tidak akan dapat pahala jika tidak memahami maksudnya. Sebaliknya, sesiapa sahaja yang membaca Al-Quran namun tidak mengetahui maknanya, tetap akan mendapat pahala. Besar ganjarannya bagi kita umat Islam.

3. Membaca

Secara amnya, kita semua sedia maklum bahawa membaca adalah kunci kepada kejayaan sehingga ada pepatah mengatakan "Membaca Itu Jambatan Ilmu".
Dengan membaca, kita bukan sahaja dapat sesuatu ilmu bahkan kita dapat mengubah sebahagian besar kehidupan persekitaran kita. Di Jepun, ada satu ayat yang mengatakan "Orang Terhormat Bukan Lahir Dari Keluarga Kaya, Melainkan Keluarga Pembaca".

Jepun. Sebuah negara maju. Namun masih menitikberatkan soal penuntutan ilmu dan budaya membaca. Penulis pernah berkunjung ke negara matahari terbit ini pada sekitar musim sejuk yang lalu. Hotel tempat penulis menginap, yakni di Hotel Shinjuku gyeo-mae, terdapat bahan bacaan yang disediakan di ruangan menunggu. Hal ini menjadikan negara ini sebagai sumber inspirasi bukan sahaja kepada penulis sendiri, malah berpuluh penulis yang lain. Jadi, sepanjang tempoh kuarantin ini, rajinkanlah diri untuk membaca bahan bacaan yang berilmiah.

4.  Membersihkan Rumah

Ini adalah perkara yang bagi penulis wajib dilaksanakan pada cuti kuarantin ini apatah lagi pada zaman penularan wabak Covid-19 ini. Inilah masanya untuk anda semua mencuci segenap ruang rumah anda menggunakan cecair pembasmi kuman.
 Baru-baru ini, penulis sendiri telah melakukan proses disinfeksi di rumah induk penulis. Segenap ruang harus dibersihkan terutamanya ruangan dapur, pintu, meja makan dan paling utama, permukaan lantai.
 Penulis juga telah mengubahsuai ruangan dapur penulis dengan meletakkan tuala bersih dan sabun pencuci tangan bagi ahli keluarga penulis menggunakannya. Kita semua sedia maklum bahawa antara langkah pencegahan wabak Covid-19 ini adalah dengan kerap mencuci tangan dengan sabun. Adapun menggunakan hand sanitizer, itu adalah sebagai optional. 
Jadi, lakukan disinfeksi pada rumah anda, demi kesihatan dan kesejahteraan keluarga.





 Maka, pesan penulis, rajinkanlah mengambil tahu info-info semasa terutamanya daripada platform yang dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bilik berita seperti TV3 dan sebagainya. Janganlah menyebarkan berita palsu mengenai wabak Covid-19 ini.

Semoga kita semua terhindar daripada penyakit ini, inshaa Allah.


Sunday, 22 March 2020

COVID-19; ANTARA PETANDA & MALAPETAKA


Disember 2019, dunia dikejutkan dengan satu penemuan virus asing yang tidak dikenalpasti sifatnya. 
 Mula dikesan di bandaraya Wuhan, Hubei China, virus ini mulai menyerang manusia sehingga ke peringkat global dan telah diiktiraf pandemik oleh World Health Organazation (WHO). 


 Sehingga Jumaat, 20 Mac 2020, sebanyak 246000 manusia telah diserang oleh Covid-19. Ya. Inilah nama virus baharu tersebut. Jumlah tersebut terus meningkat saban hari bahkan kematian akibat virus ini juga sudah mencecah hampir 10,000 manusia!

Virus Coronavirus-2019 atau dikenali sebagai Covid-19 ini merupakan sejenis virus dari baka SARS-COV-2. 
 
Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza iaitu dengan melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Penyakit ini dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin berlaku sebelum gejala muncul.Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari.Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas. Komplikasi mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut.

VAKSIN & PENAWAR
Setakat artikel ini dikarang, masih belum ada vaksin yang mampu menjadi penawar kepada penyakit ini. Oleh hal yang sedemikian, setiap rakyat di seantero dunia disarankan oleh melakukan beberapa langkah pencegahan antaranya:


1) Membasuh tangan menggunakan sabun dengan kerap.

2) Menggunakan hand sanitizer ketika berada di luar rumah

3) Tidak berada di tempat yang menjadi tumpuan orang awam.

4) Mengamalkan etika batuk dan bersih dengan betul.

5) Makan makanan yang dimasak sepenuhnya.

6) Tidak bergaul dengan individu yang mempunyai simptom Covid-19


 Itu adalah antara beberapa langkah pencegahan yang perlu diamalkan oleh setiap masyarakat. Namun begitu perlu diingatkan. Pada musim seperti ini, anda tidak perlu panik sehingga membuat panic buying. Anda hanya perlu mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan keselamatan anda terjamin. 
 Juga diingatkan. Hand sanitizer hanyalah optional . Tidak perlu panik hingga anda 'tapau' semua hand sanitizer di farmasi atau pasaraya-pasaraya tertentu. Hehe...

 Menggunakan air dan sabun jauh lebih baik berbanding menggunakan hand sanitizer. 


SABDA NABI

Pada 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan perintah agar rakyat Malaysia duduk di rumah dan tidak keluar ke mana-mana tanpa sebab yang jelas.
 Hal ini bertujuan untuk mengurangkan kadar peningkatan kes Covid-19 di negara Malaysia. Perintah ini akan berakhir pada 31 Mac 2020.
 Ketika artikel ini ditulis, Malaysia telah mencatatkan 10 kematian akibat wabak Covid-19 ini.

Maka, rakyat Malaysia dinasihati untuk sentiasa berada di rumah demi mengurangkan wabak ini. Hal ini bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW:

“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini, Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya.


 (Rujuk Kitab: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).




Patuhi perintah kerajaan, dan jadilah seorang warganegara yang bermanfaat. Bersama kita mengurangkan kes Covid-19 di Malaysia.

       (Info: Corona bermaksud mahkota [crown] kerana di bahagian tepi virus. ini terdapat tompokan umpama.        mahkota.)



 -ADMIN-

 

Saturday, 20 January 2018

PLANET GJ667Cc MENYERUPAI BUMI?

 

Para astronomi tidak pernah berputus asa untuk mengkaji sistem suria di alam semesta ini.

Tahukah anda bahawa para astronomi berpendapat bahawa ada bebeberapa penemuan planet yang hampir menyerupai bumi dimana diklasifikasikan mempunyai air, udara dan daratan? 

Benar. Salah satu daripada planet yang dimaksudkan adalah GJ667Cc. Planet ini dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bumi.

Planet ini berada jauh 22 tahun cahaya daripada tempat kita, bumi. Pendek kata dalam konteks galaksi, planerlt GJ667Cc merupakan jiran kepada planet bumi.


Planet ini mengorbit pada 3 sistem bintang. Tapi dua daripadanya agak jauh. 


"Tapi, keduanya akan terlihat cantik di langit," kata  Steven Vogt, seorang profesor astronomi. Dua bintang lainnya hanyalah bintang kerdil berwarna oren. Ada tiga planet yang mengorbit dekat bintang ini.



Selain itu, planet ini mempunyai susunan kimia yang berbeza dengan matahari dengan elemen jenis lebih besar dari helium seperti besi, karbon dan silikon.
Hal ini membuktikan bahawa di galaksi kita ini mempunyai berjuta-juta planet yang berbatu dan layak untuk dihuni. Tetapi teori ini hanyalah sekadar teori. Belum disahkan kesahihannya.



 


 
This graphic shows the orbits of  the alien planet GJ667Cc, which takes about 28 days to orbit its parent star. The orbits of other potential planets in the system are also shown.




Jadi apa pandangan anda tentang planet ini? Adakah benar teori yang dikemukakan oleh ahli astronomi atau sekadar konspirasi sahaja?

 Walau apa pun yang terjadi, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam bumi, sistem suria dan seluruh galaksi ini. 


Sekian dahulu. Wassalam...

Thursday, 31 August 2017

GEMBIRA UNTUK 3 HARI

Assalammualaikum.
Salam sejahtera.
Salam negaraku...

Bermula daripada semalam, 30/08/2017 adalah bermulanya kegembiraan dalam diri aku. Ini kerana semalam merupakan hari penutupan Sukan Sea ke-29.

Malaysia memenangi keseluruhan sukan. Tahniah kepada seluruh kontigen yang telah berusah untuk mengharumkan negara mereka.

Buat negara Timor Leste, teruskan usaha anda. Ini bukan pengakhiran. Yakin anda boleh melakukannya. Usaha dan berdaya saing. Majulah sukan untuk negara!

Kita berjumpa lagi di tahun 2019 bertempat di Filipina. Dan kita perlu menunggu sekurang-kurangnya 16 tahun lagi untuk Malaysia menjadi tuan rumah sekali lagi. Inshaa Allah....


Sekali lagi, tahniah kepada semua kontigen yang telah berusaha. Semangat anda pasti akan semakin membara dengan adanya daya saing. Kami di sini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua.

Perkara kedua, pada 31/08/2017 merupakan hari bersejarah buat negara Malaysia kerana telah menyambut bulan kemerdekaan yang ke-60 tahun.

Semoga negara Malaysia terus menjadi sebuah negara yang bermaruah dan dilindungi oleh Allah SWT. Amin....

Satu perkara yang paling aku suka sewaktu menjelangnya 31 Ogos adalah pertunjukkan perbarisan yang diadakan di Stadium Merdeka.

Sungguh mempesonakan. Disitu terlihat akan semangat patriotik yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Lebih elok begini daripada asyik terus bergaduh bukan? Hehe....




Dan perkara ketiga adalah esok merupakan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Disini aku hendak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban.

Indah langit kerana awan:
  Indah laut kerana kebiruan:
Indah Aidilfitri kerana kemaafan:
  Indah Aidiladha kerana pengorbanan....


Akhir kata, selamat menyambut bulan kemerdekaan yang ke-60 dan selamat menjalani ibadah korban.

Selamat maju jaya rakyat Malaysia! :)


See you again Prince Mateen... 💪💪💪

Malam ambang kemerdekaan