Thursday, 26 November 2020

Coretan Manusia

Rasanya sudah hampir lebih seminggu aku tidak update apa-apa di blog aku ini. Banyak perkara yang harus aku lakukan di dunia nyata.

Bagaimana khabar kalian semua? Adakah sebaik cuaca pada hari ini?

Sejak kebelakangan ini, banyak berita-berita panas dan hangat mewarnai dada-dada akhbar dan digital.
Antaranya termasuklah seorang artis yang disahkan menghidapi Covid-19 sehingga menyebabkan ramai artis harus turut sama melakukan swab test

Ada juga isu politik di mana ramai pihak yang mempersoalkan tentang Belanjawan2021. Namun setahu aku, ketika aku menulis post ini, belanjawan itu telahpun dipersetujui.

Terbaharu, viral di media sosial berkaitan seorang Da'i yang dikatakan merogol anak orang. Siap ada screenshot menunjukkan si Da'i itu mesej perempuan-perempuan di IG. Aku tidak mahu terlibat dalam isu yang satu ini.

Kerana bagi aku, rancangan realiti ini tidak pernah mempunyai manfaatnya even program itu adalah program yang mencari Da'i, PU dan lain-lain. Agama, gelaran ustaz bukan suatu perkara yang patut dijadikan rancangan. Apatah lagi di zaman ini. Semuanya sanggup melakukan apa sahaja demi populariti. Pendek kata, sanggup menunggang agama demi wang, populariti even ilmunya sangat cetek dan terhad.

Itulah dunia akhir zaman. 



Apa-apa pun, aku nak bagitahu aku ada buat promosi. Sesiapa yang beli barangan dengan aku tidak kira kasut ke, jam, hoodie, baju, jaket dan lain-lain, kalau korang beli dengan aku sekarang, korang akan dapat FREE POSTAGE ke seluruh Malaysia.


Ada sesiapa yang nak beli kasut sport? Harga cuma RM50 sahaja siap FREE POSTAGE.

Berminat? Boleh komen atau PM aku di talian WhatsApp 0132956691.


Selamat membeli! Stay safe during this pandemic!

0 ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Hadir Ke Blog Aku Yang Sederhana Ringkas ini. Tinggalkanlah Komen Anda Mengenai Setiap Catatan Blog Aku Ini.