Friday, 27 November 2020

QUEEN VICTORIA & ABDUL

         Queen Victoria, Queen of    England.


Sebut sahaja nama Queen Victoria, semua di antara kita pasti mengenalinya meski tidak pernah berjumpa dan hidup di zamannya.

Bagi sesiapa yang follow aku dekat Instagram, mereka pasti tahu aku dah banyak kongsikan semua tentang kerabat diraja England yang satu ini. Antara fakta menarik tentang Queen Victoria ialah dia seorang yang sangat setia dan sayang kepada mendiang suaminya, Prince Albert.

Sejak kematian Prince Albert, Queen Victoria sentiasa berasa sunyi. Tahu tak korang bahawa sejak kematian suaminya, Queen Victoria hanya memakai pakaian yang berwarna hitam sahaja sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya.


Aku sendiri yakin bahawa ramai di sini pernah menonton filem Victoria & Abdul. Filem tersebut mengisahkan Queen Victoria, Ratu England yang bersahabat baik dengan seorang hamba dari India, bernama Abdul yang juga merupakan seorang musyi dan beragama Islam.

           Queen Victoria dan hambanya, Abdul

 Tahukah anda bahawa kisah ini adalah sebuah kisah nyata dan bukan dongengan? 


 Sudah pasti kita kagum bagaimana Ratu England yang juga merupakan ketua gereja boleh bersahabat baik dengan mereka yang beragama Islam. Dan ini dibuktikan dalam kisah persahabatan antara Queen Victoria dan Abdul ini.


 Namun begitulah takdir. Sudah tentu kerabat-kerabat diraja England yang lain akan risau dengan persahabatan yang terjalin ini lebih-lebih lagi pihak gereja. Jadi, mereka sedaya upaya cuba menutup kisah ini dari pengetahuan umum demi masa depan mereka.


 Beban menjadi raja/ratu England bukanlah suatu tugas yang mudah. Tanggungjawab yang digalas lebih berat dari mahkota yang menjadi hiasan simbol kekuasaan di kepala mereka. Mereka sedar mereka dipergunakan. Tetapi tiada jalan untuk mereka berbuat kebenaran kerana tanggungjawab mereka kepada adat, tradisi, protokol dan khususnya gereja yang diketuai adalah lebih utama meski akan ada nyawa yang melayang.


Queen Victoria akhirnya mangkat pada tahun 1901. Abdul kemudian dihalau pulang ke India oleh kerabat diraja yang lain beberapa jam setelah pengebumian Queen Victoria. Buku-buku, jurnal dan diari Queen Victoria yang berkaitan dengan Abdul kemudian dihapuskan melalui pembakaran. 


 Sepanjang 13 tahun bersahabat dengan Abdul, Queen Victoria telah mempelajari banyak perkara antaranya tulisan Urdu, Al-Quran, sejarah India dan bagaimana rasanya buah mangga.


 Queen Victoria juga digelar sebagai 'Grandmother of Europe' kerana melahirkan banyak keturunan yang kemudiannya menjadi raja/ratu di hampir seluruh kawasan Eropah. Antara keturunannya yang utama ialah Queen Elizabeth II, Ratu England dari tahun 1952 hingga kini.





0 ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Hadir Ke Blog Aku Yang Sederhana Ringkas ini. Tinggalkanlah Komen Anda Mengenai Setiap Catatan Blog Aku Ini.